Sunday, April 17, 2016

Seven Global Network

Seven Global Network

Seven Global Network ni, masih baru lagi la waktu post ni ditulis...
Jom kaji sikit....

Ada SSM woooo... Jangan menmainnn.... Berdaftar kottt...


Tapi sungguh kaaaaa????
(Klik gambar untuk jelas)


Seven Global Network ni bisnes apa??? Plan dia macam mana??
(Klik gambar untuk jelas)


Tiga aktiviti syarikat... Komuniti antara 7 buah negara... Forex dan Estate.... Bukti mana?????

Plan dia, dalam masa sebulan je boleh dapat balik modal + untung... Hohohohoho.....
Setiap tiga hari boleh Withdraw.... Ala ala Baiduri2u ke apa nama program lepas... Sebulan juga tempoh matang...

Bonus aktif... Sponser sahaja... Tak ada pairing apa segala... Tapi boleh makan sampai 5 level...
Sejibik macam plan Wadiah Trading yang dah lama arwah...

Web dia boleh percaya ker?? Hmmm.... 34% jer???


Bila web ni wujud, dan berapa lama nak hidup??


Tak dan setahun kelaut lah tu.....

Kalau dah tahu benda tu tak betul, join juga, itu sua kepala namanya....
Kalau tahu benda tu tak betul, ajak orang join juga.. Kita pun subahat menipu orang...

Memang la benda macam ni mau berani...
Memang la benda ni risiko...
Tapi guna akal untuk menilai... Berani tanggung risiko tu biar bertempat.....

********************************************************

UPDATE 20 MEI 2016
 
Kan saya cakap tak dan setahun.....






LexusFX

LexusFX

LexusFX ni saya tak join pun, tapi dah wujud waktu zaman 'kegemilangan' NexusFX lagi....

Malas nak cerita panjang pasal LexusFX sebab dah kelaut program ni...

Web upgrade : Taktik lapuk dah niiiiiii


Pakat pakat nak meroyan dah semua...


Thursday, March 31, 2016

Jangka Hayat Program Pelaburan

Jangka Hayat Program Pelaburan

Sebelum ini saya ada tunjukkan salah satu cara untuk mengetahui bahawa satu satu program itu rolling money atau sebaliknya iaitu dengan melalui melihat web juga menghubungi 'company' yang dikatakan ada link dengan program tersebut...

Kali ini saya nak sharwe satu lagi cara yang mana cara ini mungkin dapat menyelamatkan anda dari mengalami kerugian.. Iaitu dengan melihat tempoh perjalanan satu satu program tersebut..

Jika anda perasan, setiap program pelaburan mempunyai satu tempoh matang yang mana sebelum mencapai tempoh matang tersebut, anda akan diberikan profit sehinggalah mencapai tempoh matang tersebut.

Sebelum ini saya ada kongsikan jika nak join program pelaburan tu, join pada awal awal pelancaran dimana waktu tu, anda mungkin terselamat dari ditipu... Tetapi bagaimana jika program tersebut sudah agak lama beroperasi..??

Fahamkan jalan cerita dibawah

Contoh program X, start pada Jan 2016
Tempoh matang 4 bulan contohnya..
Modal RM100
Selepas 4 bulan, akan dapat RM250 (profit + modal)

Katakan di dunia ini hanya ada 100 orang..
80 orang join program X, 20 orang lagi tidak join...
40 orang join pada 2 bulan pertama..
40 orang lagi join pada 2 bulan kedua...

Mengikut perkiraan, program X tersebut perlu membayar sebanyak RM10K kepada 40 orang terawal tadi (RM250 x 40 orang) setelah 4 bulan...
Rolling Money bermaksud duit akan diagih agih sesam ahli iaitu duit modal ahli baru akan digunakan untuk membayar profit kepada ahli lama...
Bagaimana program X hendak membayar RM10k kepada 40 orang ahli lama?
iaitu melalui kemasukan modal ahli baru..
RM100 x 40 = RM4K..

Rasa rasa program X mampu tak bayar RM10K tu kepada ahli lama dengan hanya ada RM4K dari ahli baru??? Jawapannya adalah TIDAK..

Sebab itu jika anda perhatikan kebanyakan program pelaburan scam ni tak kan sampai setahun atau tak beza jauh dari tempoh matang.. Macam contoh di atas, 4 bulan tempoh matang, program X tersebut mungkin dapat bertahan paling lama 5 bulan...

2 bulan pertama, payment cantik tiada masalah..
3 bulan, payment dah masalah..
Alasan yang diberikan antaranya...
1. Web upgrade..
2. Web kena hacked
3. Payment ada limit, kena bayar sikit sikit takut BNM kacau..
4-5 bulan, kutipan wang untuk tempoh terakhir sebelum admin admin program X cabut dengan keuntungan menipu..

Jadi sebelum nak join, semak dahulu dah berapa lama program pelaburan tu running..
Kalau dah agak agak dihujung, sila berhati hati, tunggu sampai tempoh matang dia sampai dan lihat apa yang akan berlaku... Jika masih run, semak status program, semak web, semak company dan sebagainya jika nak join juga... :)


Saturday, February 27, 2016

Dedahkan Diri Kepada Peluang

Dedahkan Diri Kepada Peluang

Bagaimana caranya untuk dedahkan diri kepada peluang dan apa kebaikannya?
Untuk dedahkan diri anda kepada peluang, caranya adalah dekatkan diri anda dengan orang orang yang cepat melihiat peluang. Jika anda memiliki Facebook, atau media sosial yang lain, cari rakan rakan yang sering mempromosikan satu satu program tidak kira perniagaan atau pelaburan. Sering sering melihat post post mereka tentang program yang mereka sertai. Dari situ, anda akan melihat peluang dengan lebih dekat dan jelas. Cuma tinggal untuk anda selidik sahaja tentang program tersebut.

Dan proses membuat penyelidikan juga sudah tidak susah apabila anda berada dekat dengan mereka yang sering melihatkan peluang kepada anda kerana apabila mereka sudah menyertai satu satu perniagaan atau program itu, bermakna mereka lebih tahu dari anda tentang program tersebut, jadi tinggal tanyakan sahaja kepada mereka tentang program tersebut dan anda buat penilaian. 

Kesilapan ramai orang yang saya lihat disini adalah, apabila nampak satu satu peluang tu, terus ambil. Tak selidik. Tapi bila jadi sesuatu, tahu pula cari informasi ke sana kesini tanya apa yang berlaku apa yang berlaku.... Tapi waktu itu dah terlambat. Perkara ini berlaku kepada saya dimana ramai ahli NexusFX menghubungi saya bertanyakan apa yang sebenarnya berlaku.. Ada yang hubungi saya dia buat loan 10K, ada juga yang menghubungi saya kenapa belum dapat payment, bila di tanya bila join, dia jawab join pada jan 2016. Sedangkan waktu tu NexusFX dah nyawa nyawa ikan.. Nampak tak.




Bila anda dedahkan diri kepada peluang, sekurang kurang nya memudahkan anda untuk membuat penilaian terhadap satu satu program tersebut supaya anda tidak mengalami kerugian dan apa apa info akan cepat sampai kepada anda.

Pelajaran daripada gambar di atas : PROGRAM PELABURAN YANG SCAM NI AWAL AWAL OK, HUJUNG HUJUNG BERSIAP SEDIA!

Tak ada akaun media sosial atau Facebook? Berkawan dengan mereka mereka yang selalu mencari peluang. Sama macam jalan cerita di atas. Bezanya anda berada di dunia nyata. Keburukan nya, informasi yang akan anda dapat mungkin kurang berbanding mereka yang ada akaun Facebook dan terdedah dengan peluang peluang di dunia online. Ini kerana informasi di dunia online lebih luas! Jadi info yang anda dapat untuk satu satu program tu mungkin kurang. Saya ada melihat perkara ini dalam program X.

Program X ni saya lihat ramai yang join adalah orang orang tua yang tak berapa pandai guna komputer. Yang pandai kelentong sikit, dia aktif mencari orang orang orang yang kurang ilmu IT ni untuk invest. Saya cakap terus lah nama program tu.. MyRichBank.

Program ni kononnya program berasaskan pengiklanan yang mempromosikan sebuah hotel di Vietnam

Di bawah penerangan program dia

Di bawah pula penerangan sebahagian plan dia.


Saya tengok plan... Tak lama la nak ke laut. Kemudian saya semak web dan saya hubungi hotel tersebut.. Di bawah hasil yang saya dapat. (Sorry BI saya failed :p)


Tapi saya tetap join walaupun tahu program di atas money game semata mata. Sebab baru bermula (Waktu post ni di tulis, usia program ni hampir 2 bulan). Jadi peluang nak cekau duit tu ada. Cuma saya tak promote pada orang lain, melainkan ada yang tanya saya tentang program baru. Saya akan buka program ni tapi syaa bagitahu awal awal saya tak syorkan.
Nilaikan sendiri plan pulangan keuntungan dia. SANGAT TAK LOGIK

Tapi orang orang tua yang tak tahu ilmu IT tu bulat bulat percaya yang program ni memang program pengiklanan dari perhotelan tu. Saya ada dalam group wassap program ni. Bukan main seronok saya tengok diorang dapat duit tiap minggu :( Tiap malam buat talk ajak orang join...

Ini keburukannya kalau sekadar dedahkan diri dalam peluang tetapi sekadar di dunia nyata.
INFORMASI TU TAK KUAT

Kesimpulan dia, letakkan diri anda dalam peluang. Dalam dunia Online juga offline. Dari situ anda mudah mendapat peluang seterusnya menilai peluang tersebut. Lagi satu, kebiasaanya orang yang macam ni cepat nampak peluang dan selalu jadi yang terawal, ikut rapat rapat kerana anda mungkin dapat jadi yang terawal dalam program program pelaburan ini. Program yang awal awal ni, peluang dan dapat balik modal + untung masih besar, risiko pula masih kecil.

Tapi hati hati, jangan sampai anda jadi hilang pertimbangan diri dan tak dapat berfikir dengan waras hingga semua peluang anda ambil tanpa fikir akan risiko. Ingat kerana duit semua boleh jadi!! JANGAN TAMAK!!
Pada permulaan, cukup sekadar anda dapat untung dari modal anda. Pelan pelahan up up up dari untung yang anda dapat..

Lagi satu, bila anda sudah dapat untung, anda akan dapat rasa satu perasaan 'KETAGIHAN' untuk terus mencari peluang peluang seperti ini. Bukan semua tapi kebanyakan orang. Mungkin termasuk saya. Control diri anda.

UPDATE 20 MEI 2016 


 

Jadilah Pelabur Yang Bijak

Jadilah Pelabur Yang Bijak

Post ni saya nak cerita satu KESILAPAN BESAR yang dibuat oleh sebahagian pelabur yang kurang bijak.

Apa yang kurang bijak??
Dah la join program pelaburan online yang tak tahu hujung pangkal tak selidik apa apa..
Tahu rembat join je.. Lagi 'bijak' BUAT PINJAMAN BANK sebab nak masuk program pelaburan ni...
Kalau sempat dapat untung ok lah.. Kalau tak sempat??? Bayar hutang buta sahaja!!!

Ada kes ye, bukan tak ada, dan ada juga sorang tu, wassap saya tanya mengenai NexusFX, dia tanya apa yang berlaku, saya cerita cerita, lepas tu dia cakap dia buat pinjaman RM10k dengan bank sebab nak join program NexusFX. Saya tepuk dahi mulut terkunci...

Tolong kalau program online yang tak tahu hujung pangkal....
TOLONG JANGAN BUAT LOAN ATAU PINJAMAN BANK APALAGI ALONG!
Semata mata nak join program macam ni.

99% peratus anda berada dalam RISIKO KERUGIAN YANG AMAT NYATA.
Melainkan anda dah semak selidik semua fakta pasal program pelaburan tersebut.
(Saya tak cakap pasal ASB yang ramai buat pinjaman - ASB buat pinjaman kurang risiko tapi untung tarakkkkk... Semua untung habis bagi kat bank)

JANGAN GADAI ATAU JUAL HARTA ANDA JUGA SEBAB NAK JOIN PROGRAM PELABURAN MACAM NI SEPERTI YANG PERNAH SAYA BUAT.
Jual handphone. Nasib baik handphone. KAlau jual rumah. Padan muka sendiri.

Seeloknya kalau anda banyak duit sekali pun, join lah ikut kemampuan, join menggunakan duit yang ada di tangan. Duit tu pula memang duit simpanan anda yang memang tak usik.

Tapi kalau tak ada duit sangat, nak join juga, join modal yang kecik, berikat perut sikit. Dah alang alang tak ada duit, bagi tak ada duit terus, ada rezeki, 2 3 bulan lapang rezeki... Tapi jangan pakai rembat masuk pula!
Selidik selidik selidik!

Yang lagi bijak adalah... Kalau program tu menawarkan bonus aktif. Contoh anda perkenalkan program tu kepada kawan anda, kawan tu join, anda dapat bonus, cuba usahakan jadi ahli aktif. Jangan terlalu berharap pada profit atau pendapatan pasif. Bila anda aktif, Risiko anda akan berkurangan. Dah lepas modal, anda sudah ZERO RISIKO

Nak lagi bijak, jadi ahli aktif, dapat bonus aktif, bonus tadi rolling balik untuk dijadikan modal pelaburan dalam program yang sama atau program lain. RISIKO ANDA ZERO TELUR AYAM.

Nasihat saya kalau nak join program pelaburan online ni, tolong jangan sampai buat loan.
Jangan terlalu tamak. Takut makan diri.

Peluang vs Risiko

Peluang vs Risiko

Kita selalu terbaca di Facebook, surat khabar dan lain lain media orang beri nasihat atau orang tu dah serik dengan program pelaburan seperti ini kerana sudah pernah kena tipu. Duit habis macam itu sahaja.

"Ada lagi orang percaya dengan program program pelaburan macam ni?? Dah dah la wei kena tipu tu.
Nak cara senang je dapat duit"

Pernah terbaca ayat macam tu? :)
Ok, orang yang cakap macam tu mungkin dia nak beri nasihat atau mengingatkan kita supaya tak kena tipu lagi. Bagus tu... Tapi secara tak langsung juga, dia menutup pintu rezeki orang lain.. Hidup kita, kita yang tentukan hala tuju. Orang lain tak boleh masuk campur.

Berbalik kepada tajuk di atas. Orang yang cakap macam tu, dia terlalu takut kepada risiko. Tak pandang langsung pada peluang. Sikap terlalu berhati hati juga tak bagus. Membuatkan kita tak terdedah kepada dunia luar sekali gus menutup peluang yang terbuka untuk kita.

Dalam perniagaan apa sekali pun... Dalam pelaburan apa sekali pun, kita tak kan terlepas dari risiko. Itu PERMAINAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN JUGA PELABURAN. Pernah anda dengar orang cakap dia buka bisnes untung sepanjang masa, tak ada rugi. susah nak jumpa, sebaliknya, orang yang dah jadi bisnesman, sebelum dia berjaya pun, berpuluh kali dia tersungkur rugi dalam perniagaan. Berapa banyak dia dah rugi tak tahu lah.

Begitu juga dengan dunia pelaburan. Kita tak kan terlepas dari kerugian. Melabur dengan bank atau dengan projek kerajaan sekali pun, ada diorang bagi jaminan pelaburan atau projek pelaburan tu akan untung.
TAK KAN ADA JAMINAN!

Jadi dalam perniagaan atau pelaburan, kita kena pandai, kita kena bijak susun strategi. Bukan kata kalau dengar pelaburan tu ada risiko terus takut nak melibatkan diri. Itu kurang bijak namanya.

Jadi macam mana nak buat?
Letakkan diri dalam peluang sikit, letakkan diri dalam risiko sikit.
Letakkan diri anda di tengah tengah peluang dan risiko.
Kalau anda letakkan diri anda senang kata kalau anda fikir peluang shaja, dengar je ada pelaburan terus join, anda sebenarnya meletakkan diri dalam risiko. Buat sesuatu tanpa berfikir panjang.
Kalau fikir risiko sahaja pula, anda tutup pintu rezeki anda terus.

Macam mana nak letakkan diri ditengah tengah peluang dan risiko?
Contoh anda dapat tahu ada program pelaburan X. Selidik sikit pasal program tu, syarikat dia, plan pulangan keuntungan dia. Kalau ok join lah. Kalau kata program tu nampak macam tak betul, syarikat tah kemana, pengasas tah siapa... Plan pun gila lumayan boleh dapat dalam tempoh yang singkat.. Jaga jaga sikit kalau nak join, kalau rasa program tu dah lama 3 4 bulan, better jangan masuk. KAlau masih baru, seminggu dua, sumbat la duit, dapat untung, stop la, jangan invest lagi.

Nampak tak... Bukan kata kalau dengar pelaburan, dengar ada risiko, terus takut... Bijak sikit menilai.. Rasa rasa boleh dapat untung, join, dapat untung cabut lah.. Lepas tu program tu atau syarikat tu nak lingkup biar dia lah.. Yang penting, kita nampak peluang, dan kita rebut peluang tu.

Yang ramai terkena sebab.... Dengar je pelaburan, terus join tak fikir panjang. Tak selidik hujung pangkal. Dah berapa lama program tu. Siap buat pinjaman lagi untuk join program. Itu yang silap. Pakai belasah join. Ini yang dinamakan letak diri dalam peluang 100% sampai lupa pada risiko. BE SMART!

********************************************

Dalam PEKERJAAN pun ada risiko dan TIADA JAMINAN anda akan bekerja disitu selama lamanya.
 Inikan pula perniagaan dan pelaburan...



Belajar Dari Kesilapan

Belajar Dari Kesilapan

Saya juga pernah kena tipu dengan program program pelaburan... Ada yang online, ada yang offline...

Ini kisah saya...

Mula mula program investment yang sya join kalau tak silap, MikadoFX. Dah lama dulu. Waktu ni tak tahu apa apa pasal program program macam ni. Waktu join tu, semata mata disebabkan boleh dapat duit tanpa perlu buat apa apa sekian sekian jumlah, sekian sekian masa.. Seminggu lepas tu, kelaut program tu... Saya nak kata apa, sendiri nak join, tapi modal tak banyak la join tu pun...

Dari sini saya belajar kalau nak join investment, bukan pakai belasah invest. Selidik dulu tentang program tu.

Lama selepas tu, setahun lebih juga, ada pula orang yang ajak join program ni, ni bukan program based on internet, berlaku secara tak sengaja. Tertipu dengan gelaran dato'. Yang ajak saya ni orang biasa, tapi katanya yang handle program tu dato, banyak buat bisnes. Ok lah, sebab dia dato, join lah, jual handphone, invest RM1K. Burn! Kecewa juga waktu tu. Nak buat macam mana? Salah sendiri mudah terpengaruh.
Tak semak juga, join semata mata kerana gelaran dato'.... Kononnya...

Dari sini saya belajar, dato' ke, tan sri ker... semak dulu program tu, investment apa kebenda yang dia buat. Walaupun boleh berdepan bertentang mata dengan pengasas dia.

Selepas lupa kejadian yang kedua tu, lama juga, terjumpa pula program investment baru. Yang ni rasanya ramai yang tahu nama program ni sebab agak baru. Wadiah Trading....
Yang ni saya join tapi dah berkubur... Tapi modal dapat + Untung. Modal RM100 untung Hampir 4K.
Dalam wadiah trading, walaupun saya tak rugi, tapi ada juga yang saya belajar dari Wadiah Trading ni...  Sila berhati hati jika orang yang bertanggung jawab tu hanya boleh contact melalui Wassap atau phone semata mata..
Wadiah trading ni siapa pun tak tahu rupa orang nya macam mana. Siap pakai pangkat Haji lagi. 7 bulan juga sebelum ke laut.

Sebelum Wadiah Trading Ke laut, saya sempat join 1 lagi program pelaburan online yang berselindung di sebalik nama forex. Join menggunakan duit dari Wadiah Trading. Baiduri4u jika tak salah nama program tersebut.... Yang ini balik modal, tapi untung tak banyak sebab saya tak promote macam Wadiah Trading. Sebab apa tak promote... Plan dia di luar logik dan boleh bau program ni boleh tahan berapa lama. Wadiah trading masih logik. Profit di bayar tak ingat berapa %. Tapi di bayar perhari. Balik modal sebulan sahaja. Logik tak? Tak kan.... Yang ni persamaan dengan wadiah trading ngan MikadoFX, tak kenal rupa pengasas program tu, tak trahu langsung background mereka.

Kemudian barulah saya join NexusFX. Juga menggunakan keuntungan dari Wadiah Trading. Wadiah trading agak lama bertahan. Hampir 7 bulan atau lebih, tak ingat. Waktu dalam NexusFX, wadiah dah mula goyang, dan tutup. Dalam NexusFX, balik modal dan untung juga la, tapi tak berapa banyak. Sampai la Jan 2016, NexusFX Berkubur...
Apa yang saya belajar dari program NexusFX adalah, walaupun program tu nampak grand, ada preview, boleh jumpa owner atau pengasas program, then cakap ada link dengan company sekian sekian. Belum cukup dapat memberikan jaminan yang program tu akan terus bertahan.

Sewaktu NexusFX, masih ok, sempat juga saya masuk dalam satu lagi program pelaburan online juga berasaskan forex, HiXchanger.. Menggunakan untung dari NexusFX.
Yang ni saya tersilap langkah sikit. Saya tak dapat balik modal, untung jauh sekali lah... Macam mana boleh terjoin? Kuntungan dia lebih sedikit daripada NexusFX tapi kurang Pro berbanding NeXUSfx... NexusFX ada preview, HixChanger tak ada preview :P

*********************************************

Jadi apa yang saya dan anda dapat belajar dari jalan cerita di atas...??

Jangan pakai belasah rembat satu satu program perlaburan tu terutama program tu dah berjalan agak lama. Lama disini bukan tahun, tapi bulan. Agak agak dah 3 bulan tu kena jaga jaga dah. Apalagi kalau pulangan dia tinggi tak masuk akal. Contoh sebulan dah balik modal macam Baiduri4u. Rasa tak sampai 4 bulan program Baiduri tu.. Berduri terus.

Semak atau selidik company pelaburan tu atau kononnya dia ada company, tanya habis habis kat upline atau leader atau Pengasas dia. Atau tanya apa company dia , cntact terus dengan company tu. Tanya betul ke ada program sekian sekian. Yang ni saya belajar dari Nexusfx. Kalau nak tahu, NexusFX dan kebanyakan program di atas, company yang di katakan tu, cerita yang di ada ada kan jer.. Kalau di tanya kepada company, comfirm company tu pun tak tahu. Kebanyakan program Rolling money je buatan manusia yang tamak tak ingat dosa.

Jangan percaya terus kepada program tu walaupun program tu ada buat preview ke, grand preview ke, BOS dia turun ke CEO dia turun ke. Itu semua tak beri jaminan program tu dapat bertahan lama. Yang ini saya belajar dari program kedua yang ada pangkat Dato' tu, dan juga program NexusFX. Contact terus dengan company, selidik juga company dia. Betul ke tak..
 Saya juga belajar benda ni dari program MGCFX. KAlau anda tahu program ni atau pernah join MGCFX ni, program ni cukup grand kalau buat event, pengasas dia dato' Osman. KAtanya ada banyak share n perniagaan, ada trader sendiri la apa lah. Siap keluarkan majalah lagi pasal program diorang. Sekali tengok cukup meyakinkan. Sekarang ahali ahli MGCFX semua meroyan. Program MGCFX ni berasaskan forex juga. Tak sampai setahun. Saya hampir masuk dulu tapi sya selidik sikit, jumpa sorang ni, katanya, payment dah masalah...Jadi saya pun kirim salam lah..
Sama juga dengan Highway Group... Tahu kan :) Saya tak join sebab pulangan dia tak masuk akal. Koperasi yang kononnya ada semua wayang. Rolling Money semata mata.

************************************************

Yang saya lihat bukan lah dari segi penilitian akademi. Saya tak tahu pasal undang undang, lesen, pendaftaran syarikat apa semua. Tapi kalau kita lihat dari segi logik, sebenarnya kita dah boleh nampak program tu kita boleh makan atau tak... Bijak sikit ja dan pandai rebut peluang.

Penafian

Blog ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda menyertai program program pelaburan online di internet masa kini. Sebaliknya membantu anda bagaimana untuk tidak menjadi mangsa kepada penipuan program program pelaburan online masa kini sekaligus mendapat apa yang sepatutnya menjadi milik anda.